Form 6 best ke?

Assalaamualaikum

I tau ramai adik adik lepas SPM yg tengah buat research nak sambung apa lepas ni kan? So today I'm gonna share about Form 6 (STPM).

Okay now form 6 dah tak macam dulu. Now kita guna sistem baru yg sama dgn ipta ipta yg lain. Maksudnya, form 6 terbahagi kepada 3 semester iaitu 1 tahun setengah. So ada sem 1, sem 3 dgn sem3. Setiap sem ada final exam. So sama je mcm diploma, asasi or matriks. Jangan la kata form 6 sama dgn SPM. LAIN K LAINNN.

I ambil form 6 kat Kolej Tingkatan 6 Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam (KISTARP). Cikgu cikgu semua sporting and best. So study environment dia memang best.

Apa yg best stay kat Form 6?

1. Kita tak terikat dekat mana mana pinjaman or kata lainnya hutang. Sebab yuran Form 6 ni mcm yuran sekolah je. Tak cecah ribuan pun so korang yg nak save money tu masuk lah form 6 okay?

2. Muet kat form 6 ni ada kelas harian. Kalau kat ipta lain biasanya dorang ada extra classes kan? Tapi form 6 tak. Tiap hari ada kelas muet so cikgu memang akan tolong kita utk skor muet. Srs tak tipu. Before this, i'm really bad at english. Lepas masuk form 6, my english jadi better and I got band 3 for muet sbb my teacher tolong habis-habisan. Drpd essay penuh pen merah, turns to better essay.

3. 20% markah final is our kerja kursus. Biasanya kalau kita buat kerja kursus betul betul, cikgu akan bagi A full mark utk kerja kursus. So dengar je apa yg cikgu suruh buat. Ikut. Confirm A. Lagi lagi sains sukan. Kerja kursus dia cuma amali je weh. Lepas amali buat report and settle.

4. Korang boleh repeat utk subjek yg failed sem 1 dgn sem 2. Kena bayar RM50 utk satu paper and repeat lepas final sem 3. Kalau korang rasa mcm result tak cantik even lulus, repeat je lah cuma jgn repeat more than 3 papers utk sem 1 and sem 2 sbb nanti korang stress nak mampus sbb study banyak sangat.

Banyak benefits masuk form 6 sebenarnya. Cuma sis malas nak type panjang panjang. Cari sendiri okayyy?


Next, I nak share pasal my experience kat form 6.



I ambil subjek Geografi, Sejarah and Sains Sukan. Pengajian Am dgn Muet memang wajib ambil so semua nya ada 5 subjek. Okay meh sis explain sikit pasal subjek ni okay?




Pengajian Am

For PA, sem 1 tak susah sebab ada  3 bahagian. Bahagian 1 soalan objektif. Bahagian 2 soalan struktur and bahagian 3 soalan esei umum. So senang nak skor.

Sem 2 susah sebab ada soalan graf. Korang kena bina graf berdasarkan text. Ada kira kira sikit tapi takda la macam addmath. Matematik biasa je. Dont worry sebab cikgu akan tolong korang utk buat. Kena banyakkan latihan. So ada 3 bahagian jugak. Bahagian 1 soalan struktur, bahagian 2 soalan graf and bahagian 3 soalan esei.

Sem 3 pulak lagi susah actually sebab kali ni soalan dia dari graf kena tukar ke text. Pun ada kira kira matematik biasa je lah. So make sure jgn main main time cikgu ajar okay?






Geografi

This is my fav subjek. So far senang cuma kena banyak hafal lah sebab ada soalan esei. Tapi my cikgu ajar betul betul ikut skema jawapan so senang nak skor. Hehe. Tips nak kor geo stpm ni is korang kena ada nota sendiri. Tu penting. Jangan baca buku tebal tebal tu sebab nanti tak jumpa keywords. Okay?





Sejarah

Fuh subjek ni memang killer subject weh. Pecah kepala otak nak hafal sebab banyak gilaaaaa. Menyesal ambil sejarah tapi alhamdulillah skor. I pernah menangis study sejarah sebab banyak sangat fakta yg nak kena hafal. Sebab soalan dia cuma 6 and sem 1 pilih 4, sem 2 pilih 3 and sem 3 pilih 4. So tak boleh jangka soalan apa yg keluar so kena baca je semua. Jangan bergantung kat soalan spots sebab i pernah tertipu and soalan tu tak keluar langsung and I  got C+ sej sem 1 wehhh. Tapi i repeat and dapat A alhamdulillah. 

So I tak recommend u guys ambil sej stpm sebab u kena tulis 4 esei dalam masa 2 jam utk sem 1 dgn sem 3 and 3 esei dalam sejam setengah in sem 2. Sejarah SPM dgn STPM beza nak mati. STPM soalan dia semua esei. Takda soalan struktur. Kalau u betul betul minat, ambil. Kalau tak, jangaannnn. Better ambil BM. 






Sains Sukan

Sains sukan memang subjek yg best gilaaa. Tak menyesal ambil. Sem 1 senang nak skor. Sem 2 ada biologi sikit so kena study hard and Sem 3 pun senang jugak. Yg paling best korang akan jadi student aktif kat kolej or sekolah sebab biasanya budak sains sukan handle aktiviti kolej. 

Masa sem 1, korang akan ada amali perkhemahan. So korang pegi short vacay dgn cikgu korang. I pegi pulau pangkor masa tu. Best gila. Ada hiking, snorkelling, kayaking. Cuma balik tu semua budak sains sukan sunburn hahahaha.

I really recommend this subjek sebab best. Markah koku pun senang dapat sebab aktif and cikgu cikgu biasanya kenal student sains sukan.




Okay tu je kot. And STPM tak susah kalau kita tak main main. Alhamdulillah my cgpa is 3.84 (2A 2A-) and band 3 for muet. So goodluck kepada yg nak ambil STPM. Jangan stress stress okay? 

Bye :)







Comments

Popular Posts